Monday, January 23, 2012

Perpisahan Pengetua


Tarikh keramat 1 jun 2010,
Satu perubahan berlaku di Teknik Melaka,
Seorang pengetua,
telah menjejakkan kakinya di bumi teknik,
Rasa hati gundah-gulana dek kerana tidak mengenali siapakah Tuan Haji Arshad Md Yusuf ini,
Beliau dianggap orang asing kerana merupakan ‘pendatang baru’ kepada sesetengah guru dan pelajar,
Bagaimanakah caranya mengendali pentadbiran?
Berwawasankah beliau?
Hebatkah beliau?
Mampukah menaikkan nama Teknik Melaka ini?
Segala persoalan mulai timbul di minda setiap insan,
Beliau berkhidmat dengan penuh dedikasi,
sentiasa menabur bakti,
penat dan lelah tidak pernah terpatri di dalam hati seorang insani,

Tuan Haji Arshad Bin Md Yusuf,
seorang pemimpin yang tidak kenal erti mengalah,
Sentiasa berwawasan jauh dalam mencapai apa yang didingininya,
Tidak pernah mengendahkan anak didiknya dalam menuntut ilmu,
Seorang pemimpin yang begitu komited dalam segala tugasannya,
Setiap agenda dilakukan dengan penuh berhati-hati dan dengan begitu terperinci untuk membawa Teknik Melaka sentiasa berada di persada duniawi.

Teknik Melaka,
Dulunya hanyalah sebuah bangunan semata-mata,
Sebuah bangunan yang dilengkapi kemudahan dari segi infrastruktur dan tenaga kerja,
Tetapi dengan kedatangan seorang insan yang bernama Arshad Bin Md Yusuf ,
mampu menimbulkan kembali hati dan perasaan bangunan usang ini,
Beliau juga menimbulkan kembali hati dan perasaan kepada tenaga kerja dan pelajar di bumi teknik ini,
Perubahan demi perubahan telah terjadi,
menyebabkan beliau sukar kami lupai,
Setiap detik yang telah kita lalui,begitu bermakna di dalam hati setiap individu di teknik ini.

No comments:

Post a Comment