Saturday, July 28, 2012

Kursus Pengurusan Jenazah


Khamis, 19 Julai : Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) Asrama SM Teknik Melaka telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah  khas bagi pelajar dan guru sekolah ini. Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada warga SMTM cara pengurusan jenazah yang betul. Ustaz Norazam daripada Majlis Agama Negeri Melaka telah memberikan pelbagai ilmu yang berguna terutama kepada pelajar tentang cara pengurusan jenazah. Dalam program ini,warga asrama SMTM telah diajar cara memandikan jenazah,menyedia dan mengkafankan jenazah serta mengebumikan jenazah.

Sunday, May 27, 2012

Jamuan Makan Malam & Pelancaran 5S Peringkat Asrama


Pada 19 Mei 2012, sebuah majlis makan malam asrama yang diuruskan oleh para pengawas asrama SMTM sesi 2011/12 telah diadakan bersempena dengan Pelancaran 5S Peringkat Asrama. Apa itu 5S? 5S yang sedang hangat diperkatakan oleh warga SMTM bermaksud sisih, sapu, seragam, dan sentiasa amal bertujuan untuk memastikan kawasan sekolah dan asrama sentiasa berada dalam keadaan terurus.
      Majlis pada malam tersebut berlangsung dengan jayanya dan dihadiri oleh Tuan Pengetua, GPK 1, GPK HEM, GPK Kokurikulun, Guru-guru Bidang Mata Pelajaran, Ketua Warden, barisan warden asrama, bekas warden asrama dan penghuni-penghuni asrama SMTM. Majlis yang berlangsung tepat pada pukul 9.15 malam bermula dengan bacaan doa oleh Muhd Taufek bin Ibrahim, ucapan ketua warden dan ucapan perasmian dari pengetua yang meminta agar 5S terlaksana dengan jayanya. Gimik pelancaran merupakan acara kemuncak majlis dimana hasil kreativiti para pengawas asrama. Klimaks ini telah mendapat tepukan yang gemuruh oleh para hadirin.
     5S perlulah diamal bagi memastikan persekitaran sekolah mahupun asrama sentiasa terurus dan sedap mata memandang oleh orang lain. Di samping itu, dengan adanya 5S, pelajar boleh belajar dalam suasana yang tenang dan selesa. Bak kata pepatah "asramaku, syurgaku" dihayati oleh semua penguni asrama.